Cerita ArtisHiburan

Gambar Keluarga Diguna Tanpa Kebenaran, Eyra Hazali Buat Laporan Polis

Pelakon Eyra Hazali berang dengan tindakan pihak tidak bertanggunjawab satu akaun Facebook jana pendapatan yang menggunakan gambar dia sekeluarga tanpa kebenaran.

Eyra berkata, dia sudah meminta pemilik akaun Facebook berkenaan untuk memadam gambar tersebut, tetapi ia tidak diendahkan.

“Eyra terima satu dm khamis lepas yang menyatakan ada satu account facebook telah menggunakan gambar keluarga Eyra serta caption yang palsu. Allahuakbar.

“Eyra dah pun contact orang tu ( gambar 2 dan 3 ) untuk take down the post but dorang taknak percaya eyra owner gambar tu.

“Katanya ada ahli dorang yg bagi, bila tanya taknak jawab and actually ada bukti lain yang dorang memang suka2 saja amik gambar orang lain juga. Dorang pun taknak take down the post sbb ye la, ramai message kan so rasa marketing tu berjaya tapi tak!” kongsinya di Instagram.

Menurut pelakon berkenaan, dia sudah mengugut untuk membuat laporan polis, namun pihak berkenaan tidak takut dengan ugutan berkenaan.

“Even Eyra ugut nak buat report polis pun dia tak takut maybe seronok tengah pegang duit orang? But Eyra dah buat report semalam.

“Gambar ke 4 sampai habis tu conversation dengan orang lain and boleh pula dia cakap salah bagi? Dengan statement mcm tu,pakai gambar my family,boleh salah bagi pula? bila kantoi, terus dia block.” ujarnya.

Pada masa sama, pelakon itu meminta supaya mereka yang ternampak posting akaun Facebook tersebut supaya supaya menulis komen ia semua adalah menipu.

“Dalam acc facebook dia takda post ni but selalu keluar dekat timeline yang lain as sponsored.

“Kalau terdesak sangat cari duit,banyak lagi cara yang halal. Bagi family kenyang pun tak guna kalau haram,MasyaAllah… Tolong sebarkan ya,” tulisnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button