EventHiburan

Gandingan Amir & Zamani Berjaya Bangkitkan Memori 5,000 Peminat Di ‘Concert UK’SLAM Musical’

Konsert legenda pop rock anjuran Bombay Legend Worldwide bersama Amir UKS Entertainment, berjudul “Concert UK’SLAM Musical” berlangsung pada 3 Februari menggandingkan dua kumpulan popular era 90-an iaitu UK’s dan SLAM.

Berlangsung selama lebih tiga jam, konsert berkenaa berjaya membangkitkan memori 5,000 peminat kedua-dua kumpulan berkenaan.

Pada konsert berkenaan, UK’s menampilkan Amir sebagai vokalis bersama Rozdenil Toni (gitar), Mohamad Saleh Mohd Alias (bass), Amiruddin Shariff (drum) dan turut menampilkan Mustafa Kamal Ahmad @ Mus Satira (gitar), pemain sessionis asal dalam rakaman album kumpulan UK’s. 

Manakala kumpulan Slam diterajui Shah Nizam Abdul Halim @ Shah (gitar), Zamani sebagai vokalis, Eddie Ahmad (keyboard), Nor Azli Masrani (bass) dan Othman Khalid (drum). 

Konsep persembahan ini akan dibahagikan kepada beberapa segmen yang mempunyai nilai sentimental dari segi garapan, susunan dan sentuhan penceritaan melalui elemen visual dan muzikal yang akan digabungkan bersama.

Konsert Musikal UK’SLAM yang bermula tepat jam 8.45 malam itu terlebih dahulu disajikan dengan ‘opening’ dari kumpulan UK’s yang mana mempersembahkan lagu Rhythm Si Jantung Hati.

Antara seleksi lagu-lagu dipersembahkan oleh UK’s ialah Untuk Apa, Cintaku, Kekasih di Menara, Rondo Cinta Buta, Kau Satu-Satunya, Pahit Akan Manis Akhirnya, Satu Lilin Sehening Malam, Di Luar Kemampuanku dan Kembali Mencari. Peminat yang hadir rata-ratanya sudah cukup bersedia dengan seleksi lagu-lagu yang mana sentiasa meniti di bibir.

Usai persembahan UK’s, ruang konsert kemudiannya bergema dengan lagu Kembali Merindu oleh SLAM di mana peminat seolah ‘dirasuk’ apabila Zamani muncul di pentas.

Antara seleksi lagu-lagu kumpulan SLAM adalah seperti Tak Mungkin Berpaling, Mentari Muncul Lagi, Kita Terpaksa Bermusuhan, Kurnia, Entah Mengapa, Rayuan di Puncak Genting dan Maria Mariana

Peminat bahkan ‘disajikan’ dengan ‘gabungan duet’ antara kedua-dua kumpulan ini melalui lagu dan muzik dengan susunan irama akustik bagi mencapai harmoni bagi kedua dua buah kumpulan ini. Lagu yang menjadi irama akustik ialah Jika Kau Rasa Gentarnya, Seksa, Nur Kasih, ‘medley’ Sebak dan Manisnya Rindu.

Selepas berakustik, UK’Slam turut membawa persembahan yang lebih bertenaga dan energetik menerusi segmen elektrik. Lagu yang didendangkan antara lagu yang “all time favourite” iaitu Buat Seorang Kekasih, Siapa Yang Rampas Cintaku, Kembali Terjalin, Bila Diri Disayangi, Gerimis Mengundang, dan Di Sana Menanti Di Sini Menunggu. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button