Gantung Vape Dileher Ketika Siaran Langsung ABPBH 33, Shaheizy Sam Ditegur Pengendali Facebook PHM
Gara-gara menggantung vape di leher ketika menjadi penyampai anugerah sewaktu acara Anugerah Bintang Popular ke-33 (ABPBH 33), pelakon Shaheizy Sam telah menerima teguran pengendali akaun Facebook Public Health Malaysia (PHM).
Menerusi perkongsian yang dibuat, PHM beranggapan bahawa bintang Polis Evo tersebut dilihat mempromosikan penggunaan vape.
“Sedih sangat melihat budaya buruk dipromosikan sebegini. Bukan tak ada ahli produksi yang boleh menyaring penampilan selebriti sebelum live di kaca tv.
“Usah sembang mengenai pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP), jika promosi vape sebegini pun boleh lepas dalam tayangan siaran langsung di TV,” tulis pengendali akaun berkenaan.
> Baca: Haqiem Rusli Cipta Kejutan Dinobat Bintang Paling Popular ABPBH 33
Dalam pada itu, perkongsian yang dibuat PHM juga mendapat reaksi pelbagai pihak yang dilihat kesal dengan sikap tidak peka suami kepada pelakon Syatilla Melvin itu. – KopiPlanet.com