Cerita ArtisHiburan

Gara-Gara Bangun Lewat Akibat Keletihan, Azar Azmi Pernah Terlambat Dua Jam Ke Lokasi Penggambaran

Pelakon popular Azar Azmi membuat pengakuan dia pernah terlambat selama dua jam ke lokasi penggambaran drama Derita Untuk Bahagia.

Jelas Azar, perkara tersebut berlaku apabila dia terlalu letih pada hari sebelumnya sehingga terlewat bangun.

“Ketika penggambaran ada sekali tu saya akui saya terlewat ke lokasi penggambaran kerana terlalu letih.

“Memang rasa bersalah sangat, terutama sekali kepada Hafreez Adam memandangkan ketika membabitkan babak kami berdua,” jelasnya.

Azar berkata demikian ketika sesi sidang media virtual Bergama pelakon drama berkenaan semalam.

Menyedari kesilapan yang berlaku, Azar telah meminta kepada semua pihak terutama sekali Hafreez dan kru produksi.

Derita Untuk Bahagia mengisahkan kehidupan gadis yang rajin dan yang membesar dalam keadaan yang penuh dengan cabaran bernama Alisha.

Bapanya kaki pukul manakala ibunya pula membanting tulang membesarkannya. Alisha bijak dan pandai berdikari untuk mencari wang. Suatu hari Alisha dikejutkan apabila sedar yang dia bukanlah anak kandung ibunya.

Dalam pada itu, Hafreez pula memahami situasi yang berlaku, malah menganggap Azar seorang pelakon yang sangat berdedikasi.

Jelasnya, biarpun kali pertama bergandingan bersama, tidak sukar untuk mereka mencari keserasian.

“Kalau ditanya pengalaman sepanjang bekerja dengan Azar, bagi saya agak mudah kerana dia memberi kerjasama yang sangat baik.

“Saya melihat dia seorang yang begitu fokus dengan kerja, meskipun sibuk menguruskan perniagaan,” ujarnya.

Drama Derita Untuk Bahagia sudah bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 6.00 petang di saluran Astro Prima sejak 7 Jun lalu dan boleh boleh distrim di platform On Demand dan aplikasi Astro Go. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button