Cerita ArtisHiburan

Gara-Gara Watak Yusof, Penonton Menangis Tengok Lakonan Fattah Amin Dalam Filem Trinil: Kembalikan Tubuhku

Berpeluang kali pertama membintangi filem di Indonesia, pelakon popular Fattah Amin sama sekali tidak menyangka lakonannya dalam filem Trinil: Kembalikan Tubuhku berjaya menarik penonton di negara tersebut.

Fattah berkata, ia termasuklah kisah mengenai seorang penonton kanak-kanak berusia tujuh tahun yang cukup terkesan dengan watak Yusuf dilakonkan olehnya dalam filem berkenaan.

“Ketika terbabit dengan promosi di Indonesia tempoh hari, ada seorang penonton kanak-kanak marah dengan watak Sutan lakonan Rangga Nattra yang sanggup berbuat perkara tidak baik terhadap Yusof.

“Rupa-rupanya dia marah dengan Sutan gara-gara melakukan sesuatu yang tidak baik kepada Yusof sehinggakan dia menangis. Tak sangka yang saya bawakan itu beri kesan kepadanya,” ujarnya.

Fattah berkata demikian ketika ditemui sebaik sahaja selesai majlis tayangan perdana dan sidang media yang berlangsung semalam.

Apa yang menariknya, Fattah memberitahu dia turut berkesempatan dapat bertemu kanak-kanak berkenaan yang sanggup datang ke Jakarta dari Bandung semata-mata mahu berjumpa dengannya.

Malah, pelakon itu memaklumkan kanak-kanak itu terus sahaja menangis sebaik saja dapat bertemu dan bertentang mata dengannya.

“Sudah tentu keadaan tersebut membuat saya berasa cukup terharu kerana dia sanggup datang dari jauh semata-mata nak berjumpa,” ujarnya.

Fattah berkata, namanya kini sudah meniti di bibir peminat di Indonesia menerus filem Trinil, meskipun kali pertama berlakon di Indonesia.

Sementara itu, pelakon itu mengakui bahawa dirinya seakan-akan cukup bertuah apabila bekerja di bawah arahan pengarah terkenal Hanung Bramantyo.

“Pada saya, semua ini adalah adalah satu rezeki yang cukul istimewa kerana saya pun baru sahaja berlakon beberapa buah filem di Malaysia.

“Tak sangka dapat peluang untuk berlakon dalam filem Indonesia pula, lebih-lebih lagi dengan pengarah terkenal seperti Hanung,” ujarnya.

Selain Fattah yang merupakan satu-satunya pelakon Malaysia dalam filem berkenaan, ia turut dibintangi pelakon lain seperti Carmela van der Kruk, Rangga Nattra, Wulan Guritno, Shalom Razade dan ramai lagi.

Filem ini sudah ditayangkan di Indonesia pada 4 Januari lalu, manakala di Malaysia dan Singapura, ia mula ditayangkan bermula pada 22 Februari. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button