Cerita ArtisHiburan

Giliran Khir Rahman Tampil Mohon Maaf Berhubung Isu Perbincangan Babak Rogol Dalam Filem Anak Halal, Mahu Penyebaran Video Dihentikan Serta-Merta

Selepas pelakon popular Fauzi Nawawi, kini giliran Khir Rahman pula tampil memohon maaf terhadap isu mengenai babak rogol dalam filem Anak Halal yang menjadi isu apabila membabitkan pelakon wanitanya iaitu Raja Farah.

Khir menerusi Instagram miliknya berkata, dia bersama tetamu undangan dalam rancangan yang dihoskannya itu tidak berniat langsung untuk membuka aib sesiapa.

“Justeru.. saya ingin sekali lagi memohon maaf pada beliau dan seluruh keluarga beliau ..bhw sy menjadi ‘sauh’ dalam program ini bukan utk membuka aib sesiapa. Sedikit pencerahan: sebagai ‘sauh’, tugas saya dan bbrapa teman mengacara adalah utk mencungkil cerita² yg belum pernah diceritakan oleh tetamu di platform lain (rancangan lain) ..ada masa²nya berjaya dicungkil ..dan ada masa-masanya tidak.

“Kebanyakan tetamu sangat sporting dan telah memberi kerjasama yg baik.. sy percaya mrk yg pernah menonton rancangan ini sangat hargai keterbukaan tetamu dalam berkongsi cerita ..kita ketawa dan menangis bersama menontonnya. Oleh kerana itu saya juga percaya semua pihak bersetuju utk merakam terlebih dahulu dan bukan dibuat secara langsung.. tujuannya supaya ada bahagian-bahagian / keterlanjuran kata-kata yang boleh ditapis,” jelasnya.

Sebelum ini, Raja Farah serta suaminya meluahkan rasa tidak puas hati apabila Fauzi menerusi sebuah program televisyen yang dihoskan oleh Khir telah berbicara mengenai babak rogol dalam filem Anak Halal.

Raja Farah dah suaminya menyatakan tindakan Fauzi itu adalah perkara yang sangat memalukan serta tidak menjaga aib dan kehormatan seorang wanita.

Menurut Khir, dia juga bersyukur kerana Raja Farah dan suaminya mempunyai hati yang mulia untuk memaafkan keterlanjuran yang telah dilakukannya itu.

Dalam pada itu, Khir secara peribadi juga memohon agar penyebaran video tersebut yang kini viral di media sosial dapat dihentikan serta merta.

“Saya tak pasti kalau ada pihak yang tidak berpuas hati pada mana-mana pihak… namun penularan video tersebut mesti dihentikan segera… ada keterlanjuran dan maruah yang perlu kita sama-sama jaga,” tegasnya. – KopiPlanet.com

* Jom klik link Telegram https://t.me/KopiPlanet & subscribe untuk mengetahui cerita2 terbaharu dunia hiburan

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button