EventHiburan

Gitar Ibanez Bakal Jadi Milik Peminat Bertuah Cromok-XPDC

Buat julung kalinya digabungkan bersama dalam sebuah konsert berskala besar, dua kumpulan rock popular Cromok dan XPDC bakal memberikan satu pengalaman konsert yang cukup maksima buat peminat setia mereka.

Konsert Metal Legends Live in Concert itu akan diadakan pada 3 Februari ini bertempat di Pintu 2, Maeps Serdang bermula jam 8.30 malam.

Menurut Mael XDPC, mereka akan mempersembahkan pelbagai seleksi lagu-lagu popular selain terdapat satu persembahan istimewa bersama Cromok.

“Keistimewaan dalam konsert ini pasti akan membuatkan peminat teruja kerana kami bakal menjayakan segmen persembahan kolaborasi dengan Cromok di penghujung konsert.

“Selain itu, konsert ini juga akan diperkuatkan lagi dengan sistem audio paling canggih iaitu ’64 sub-bass’ yang belum pernah digunakan dalam mana-mana konsert di Malaysia sebelum ini,” katanya ketika ditemui pada majlis sidang media kedua Konsert Metal Legends di Maeps, Serdang hari ini.

Konsert metal ini melibatkan XPDC yang dianggotai line up asal iaitu Mael selaku vokalis, Jeff (gitar utama), Zua (pemain bass) dan Amy (pemain dram).

Sementara itu, ketika ditanyakan tentang persiapan mereka menjelang konsert itu, pemain gitar utama Cromok iaitu Karl berkata, mereka sudah giat melakukan latihan sejak sebulan lalu bagi mempertajamkan lagi skil persembahan mereka.

“Kami sudah mula berlatih sejak sebulan lalu di sebuah studio di Wangsa Maju dan latihan biasanya kami lakukan dalam tiga kali seminggu. Harap peminat dapat turun beramai-ramai kerana kami janjikan konsert kali ini memang cukup berbeza dengan show-show yang pernah diadakan sebelum ini,” katanya.

Selain Karl, Cromok yang mula mencipta nama di Australia pada awal 90-an turut dianggotai Sam selaku vokalis dan Mizi pemain drum.

Bagi menghargai peminat tegar kedua-dua kumpulan rock lagenda ini, pihak penganjur konsert, Dreamstage telah menyediakan satu hadiah istimewa buat peminat bertuah iaitu sebuah gitar di akhir konsert nanti.

Menurut wakilnya, Azhar Mat Noor berkata, “Peminat yang bertuah berpeluang memenangi Gitar Ibanez menerusi sesi cabutan bertuah pada hari konsert tersebut.”

“Selain itu, kami turut menyediakan gerai jualan cenderahati edisi konsert kali ini di tapak lokasi,” ujarnya.

Setakat ini penjualan tiket sangat menggalakkan di mana sebanyak 60 peratus tiket sudah habis dijual. Tiket konsert dijual pada harga RM68 hingga RM250 dan boleh didapati di ILasso Ticket Sdn Bhd.

Untuk sebarang maklumat lanjut, boleh hubungi ejen tiket di talian 011-35030241. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button