
Setelah agak lama menghilangkan diri, usahawan sensasi Sajat atau Muhammad Sajjad Kamaruzzaman kini kembali aktif di laman Instagram miliknya.
Menerusi posting terbaharu, Sajat dilihat memuat naik beberapa video yang mempromosikan produk jualannya.
“Hai semuanya… Good morning uols, rindu Sajat tak?” tulisnya.

Pada 23 Februari lalu, Sajat telah dikenakan waran tangkap oleh Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam kerana tidak datang untuk sebutan kes berhubung menghina mahkamah.
Kemudian beberapa hari selepas itu, satu serbuan di kediamannya di Kota Damansara telah dilakukan oleh JAIS dengan bantuan anggota polis pada 27 Februari lalu, namun Sajat gagal ditemui.
Selain itu, Sajat juga turut mencipta sensasi apabila tersebar video yang menyatakan dirinya mahu keluar daripada agama Islam. – KopiPlanet.com