
Panas!!! Gambar Cium Mulut Pelakon Janda Tersebar?
Alahai…. apa nak jadilah dengan kebanyakan artis-artis kat Malaysia sekarang ni. Sampaikan dah berani nak upload gambar peribadi di laman sosial.
Kisahnya, sedang Cik Kopi menikmati secawan kopi panas dengan sebuah cafe ternama, tiba-tiba masuk satu mesej daripada kawan Cik Kopi yang memang terkenal dengan kaki gosip.
Bila Cik Kopi bukak sahaja mesej tersebur, terkejut dibuatnya sehingga tersembur air kopi yang sedang diminum. Rupa-rupanya rakan Cik Kopi tu dah hantar sekeping gambar kepada Cik Kopi.
Gambar yang dihantar ni bukan gambar biasa-biasa yer… Tapi gambar seorang pelakon drama dan filem bergelar janda yang sedang cium mulut dengan seorang lelaki. Yang pasti, lelaki berkenaan bukan bekas suaminya.
Menurut rakan Cik Kopi tu, gambar berkenaan telah dimuat naik di satu laman sosial milik pelakon berkenaan, namun dah dipadam oleh pelakon tersebut. Khabarnya, gambar tersebut di muat naik untuk tatapan peribadi, tetapi dah salah setting untuk tatapan publik.
Entahlah… Cik Kopi sendiri pun sekadar mampu menggelengkan kepala dengan sikap artis-artis sebegini. Perlu ke nak upload di laman sosial, meskipun untuk tatapan peribadi.
Bercium mulut dengan lelaki yang bukan suami pun dah satu kesalahan besar. Apatah lagi dengan memuat naik di laman sosial, siap dengan caption yang romantik.
Yang paling Cik Kopi kesian tentunya bekas suami dan anak-anak yang akan terpalit sama. Harap-harap agar pelakon janda berkenaan cepat-cepatlah bermuhasabah diri…
Cik Kopi: Walaupun cuaca sedang sejuk sekarang, tapi hati tetap panas mengenangkan seorang pelakon yang terkenal dengan sikap kepura-puraan.