Cerita ArtisHiburan

Hael Husaini & Cakra Khan ‘Berlawan’ Vokal Menerusi Terlanjur Cinta

Setelah meraih kejayaan demi kejayaan, penyanyi serta pencipta lagu berbakat besar Hael Husaini terus mengorak langkah dalam industri muzik dengan pelbagai inovasi.

Terbaru penyanyi ini bergandingan dengan vokalis bersuara unik dari negara jiran Indonesia, Cakra Khan menerusi mahakarya terbaharu mereka berjudul ‘Terlanjur Cinta’.

Terlanjur Cinta merupakan kolaborasi pertama di antara Hael dan Cakra dan ia mengisahkan tentang cinta yang tak terbalas dari seorang lelaki kepada seorang wanita. Projek ini juga merupakan usaha bersama antara Rocketfuel Entertainment dan My Music Records dari Indonesia.

Lagu duet berentak balada ini merupakan hasil nukilan David Sam serta Irwan Sutanto dan muzik video rasmi lagu ini sudah pun dimuat naik menerusi platform Youtube bermula Khamis lalu.

Muzik video Terlanjur Cinta mendapat khidmat daripada pengarah terkenal Indonesia, Upie Guava.

Terlanjur Cinta boleh didapati menerusi aplikasi penstriman muzik seperti Spotify, Joox dan Apple Music. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button