Cerita ArtisHiburan

Hael Husaini Ganti Nabila Razali Persembahkan Lagu Peluang Kedua

Teka-teka mengenai pengganti untuk mempersembahkan lagu Peluang Kedua di pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik 35 (SFMM35) akhirnya terjawab.

Penyanyi Hael Husaini yang merupakan pencipta lagu berkenaan mengambil tanggungjawab untuk menyanyikan sendiri lagu ciptaannya bersama MFMF.

Sebelum ini, penyanyi asal lagu Peluang Kedua iaitu Nabila Razali terpaksa mengambil keputusan menarik diri gara-gara masalah kesihatan yang melanda dirinya.

Saingan episod 3 SFMM35 sebelum ini terpaksa ditangguhkan seketika akibat salah seorang pesertanya iaitu Alif Satar disahkan positif Covid-19.

Biarpun sudah ditangguhkan selama lebih dua minggu, namun masalah peti suara yang dialami Nabila menyebabkan dia tidak dapat beraksi di pentas SFMM35. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button