Cerita ArtisHiburan

Hafiz Hamidun Kongsi Pengalaman Tiba-Tiba Kena Marah & Maki Dengan Yasin Sulaiman, Akui Tidak Marah Atau Simpan Dendam

Penyanyi nasyid popular Hafiz Hamidun berkongsi pengalaman apabila Yasin Sulaiman mengamuk secara tiba-tiba ketika dia menjadi penerbit kepada album terakhir Brothers iaitu Sabar beberapa tahun lalu.

Dedah Hafiz, kejadian berkenaan berlaku di studio dan pada mulanya dia dan pekerjanya agak terkejut tindakan Yasin itu.

“Dia tiba-tiba datang studio dan marah-marah dan jerit-jerit, tetapi kami semua dah tahu masalah kesihatan bipolar yang dihadapinya.

“Cuma selepas kejadian tu, apabila setiap kali kami berjumpa semula dia akan berulang-ulang kali meminta maaf terhadap kejadian tersebut,” ujarnya.

Dia berkata demikian ketika ditemui semasa majlis pelancaran lagu terbaru kumpulan Rabbani berjudul Husnul Khatimah yang diadakan di Dsaji Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur pada Isnin.

Hafiz berkata, biarpun mengalami situasi sedemikian, dia langsung tidak menyimpan rasa dendam atau marah, apatah lagi mengakui tindakannya itu berpunca daripada tekanan yang dialaminya.

Dalam pada itu, Hafiz menyatakan dia turut bersimpati apabila Yasin telah ditangkap berkaitan kes penyalahgunaan dadah termasuk dikatakan menanam 17 pokok ganja di rumahnya.

Ujarnya, dia tidak menyokong apa yang dilakukan oleh Yasin serta menyatakan biarlah proses undang-undang yang menentukannya.

“Memang ada rasa sedikit kekesalan apabila nama penyanyi nasyid terkait, namun saya tak salahkan Yasin. Apa yang terjadi, kita kena pandang diri kita semula dan muhassabah diri.

“Selain itu kita juga perlu ambil iktibar tentang perkara sebegini. Sebelum mahkamah putuskan apa-apa, tidak adil untuk kita terus menghukum,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
1
+1
3
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button