HiburanSelebriti

Hafiz Mahamad Sanggup Belanjakan RM500,000 Untuk Filem Pendek Misi Ainaa, Tidak Libatkan Sebarang Keuntungan

Selepas lebih tiga bulan ‘hilang’ dari media sosial, pempengaruh dan usahawan Hafiz Mahamad tampil dengan buah tangan pertama filem pendek arahannya berjudul Misi Ainaa.

Jelas Hafiz, dia telah sanggup untuk membelanjakan kira-kira RM500,000 bagi menerbitkan filem pendek pertamanya itu.

“Apabila kita buat sendiri menggunakan pasukan sendiri, saya yang tulis skrip dan saya sendiri yang berlakon, kos yang dapat dijimatkan sekitar 50 peratus.

“Kalau saya libatkan orang luar kos filem ini mungkin mencecah jutaan ringgit, tapi saya keluarkan kos untuk filem ini lebih kurang RM500,000,” ujarnya.

Hafiz berkata, filem yang dihasilkan itu demi memberikan pengalaman baharu kepada kakitangannya dan ia tidak melibatkan sebarang keuntungan.

“Tidak pernah terlintas untuk menjadi pengarah dan menulis skrip, namun saya bersyukur diberikan ilham dan idea sewaktu menghasilkan Misi Ainaa.

“Semuanya saya lakukan demi abah dan mahu berikan satu pengalaman baru dan realisasikan impian staf saya. Apa yang kami buat tiada keuntungan daripada segi duit kerana semuanya ditayangkan di laman sosial, tiada kutipan tiket pun di pawagam,” jelasnya.

Menerusi naskhah yang dimuatnaik di platform media sosial, filem bergenre aksi itu turut menampilkan barisan pelakon hebat antaranya Beto Kusyairy, Azhan Rani, Hasnol Rahmat, Hushairi Husain, Elfira Loy dan pelakon Indonesia, Yayan Ruhiyan.

“Ia bermula dengan angan-angan dan apabila kami cuba risik mereka dan jelaskan pembikinan Misi Aina, Alhamdulillah semua pelakon tersebut berminat dan katakan ia satu naskah di luar kotak.

“Beto sendiri mengatakan nilai yang diterima bukan menjadi ukuran namun jalan cerita yang ditampilkan,” tambahnya.

Ujarnya, keseluruhan jalan cerita dan skrip dinukil sendiri olehnya dengan mesej yang ingin disampaikan berkisar liku-liku perjalanan perniagaan bersama isteri sendiri, Syafiqah Aina.

Misi Ainaa mengisahkan kejadian culik pengasas produk Ainaa Beauty, Syafiqah Aina untuk mencuri data mengenai maklumat pembangunan perniagaannya.

Komander Hafiz yang mendapat arahan daripada Jeneral Abah menyertai misi untuk menyelamatkan Aina serta pasukan lain.

Rintangan dan cabaran untuk menyelesaikan misi terbabit merupakan simbolik jatuh bangun perniagaan Ainaa Beauty sepanjang tujuh tahun.

Misi Ainaa bakal ditayangkan di semua platform media sosial Ainaa Beauty mulai 22 Februari 2024. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button