Cerita ArtisHiburan

Hairul Azreen Bikin Kejutan, Umumkan Mahu Bersara Dari Bidang Lakonan

Pelakon popular, Hairul Azreen membuat kejutan buat peminat apabila mengumumkan dirinya mahu bersara dari bidang lakonan.

Perkara berkenaan diumumkan ketika dia menjadi tetamu di stesen radio Era untuk mempromosikan filem Malbatt: Misi Bakara.

“Saya Hairul Azreen nak mengumumkan yang saya berhenti berlakon. Sebab saya dah buat semua benda.

“Saya dah jadi seorang pelakon, saya dah jadi stunt. Saya dah jadi seorang pelakon filem. Saya doa, saya jadi hero filem. Allah makbulkan doa saya.

Dalam pada itu, pelakon itu juga menyatakan bahawa filem Mallbat: Misi Bakara adalah merupakan filem terakhir lakonannya.

“Filem Malbatt nilah… InsyaAllah filem terakhir. Filem terakhir saya sebagai anggota tentera. Allah dah bagi saya macam-macam, melainkan saya manusia yang tak reti bersyukur.

“Semua benda saya dah lalui. Perjuangan saya biarlah saya akhir dengan sebuah filem yang membanggakan,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button