Cerita ArtisHiburan

Haliza Misbun Akui Kini Sedang Rapat Dengan Jejaka Inggeris

Menginjak usia 45 tahun, pelakon Haliza Misbun tidak terlepas ditanya bila dia akan menamatkan zaman solonya. Pernah beberapa kali melalui episod perpisahan sebelum ini, ternyata ia tidak membuatkan aktres itu serik untuk bercinta.

Terbaharu, Haliza mengakui dia kini sedang berkawan rapat dengan seorang jejaka Inggeris kelahiran Oxford, United Kingdom.

“Saya enggan bercerita lanjut mengenai hal ini, tetapi apa yang boleh saya beritahu kini dalam proses berkawan dengan seorang lelaki warganegara British.

“Bagi saya sama ada berkahwin atau tidak, ia tidak menggambarkan diri saya. Saya tidak mahu mengikut pandangan orang kita mengenai perkahwinan iaitu kalau nak bahagia dalam hidup mesti kena berkahwin,” katanya kepada KopiPlanet.com.

Haliza ditemui pada majlis pelancaran drama bersiri Air Mata Syurga di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) baru-baru ini.

Menerusi drama terbitan Dark Wave Pictures Sdn. Bhd itu, Haliza membawakan watak Datin Rozita yang merupakan mak angkat kepada watak yang dimainkan Tasha Shilla.

Air Mata Syurga yang diarahkan Raja Ahmad Alauddin turut dibintangi Afiq Muiz, Ellie Suriaty, Normah Damanhuri dan dua wartawan hiburan, Syarrizuan Abul Rashid dan Deegun Rahman.

Menceritakan lebih lanjut tentang wataknya dalam drama itu, Haliza menyifatkan babak bersalin antara yang paling mencabar yang perlu dilakukan olehnya.

“Saya rasa susah ketika nak buat watak beranak, macam rasa ‘ditogelkan’ sewaktu adegan itu dirakamkan. Babak kena mengangkang itu agak sukar nak buat bila dilihat semua krew produksi, rasa macam kita ‘dicabul’ tanpa sengaja pada babak itu,” seloroh Haliza.

Drama bersiri Air Mata Syurga akan bersiaran setiap Isnin dan Selasa bermula 7 Mei ini menerusi saluran HyppSensasi (116) Unifi TV. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button