Cerita ArtisHiburan

Hamid Gurkha Meninggal Dunia Akibat Penyakit Tibi & Komplikasi Beberapa Penyakit Lain

Pelawak legenda, Hamid Gurkha telah disahkan meninggal dunia akibat penyakit tibi dan beberapa komplikasi lain di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor kira-kira pukul 2.19 petang pada Selasa.

Menerusi laporan portal Majoriti.com, perita pemergian Hamid atau nama sebenarnya, Abdul Hamid Abdul Rahman itu dimaklumkan oleh anak bongsunya, Nor Ashita Hamid.

“Doktor mengesahkan arwah bapa mempunyai penyakit tibi dan beberapa komplikasi lain.

“Kami reda atas pemergian arwah. ALLAH lebih menyayangi arwah selepas enam hari dimasukkan ke hospital,” katanya.

Nor Ashita berkata, jenazah Allahyarham masih berada di hospital dan belum dapat menjangka bila proses pengebumian akan dilakukan.

“Pengebumian mungkin akan dilakukan hari ini (Selasa) atau esok tetapi kami harap semuanya dapat dipercepatkan,” katanya.

Terdahulu pada Khamis, Nor Ashita memaklumkan Allahyaram berada dalam keadaan stabil selepas dirawat di hospital kerana mengalami batuk teruk.

Allahyarham mempunyai seorang isteri, Timah Abdul Hamid, 80, dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan lapan cahaya mata, namun dua daripadanya meninggal dunia. Selain itu, Allahyarham juga dikurniakan 32 cucu dan 18 cicit.

Nama Allahyarham Hamid Gurkha melonjak di persada seni tanah air bermula pada tahun 1980-an apabila beliau membintangi pelbagai filem.

Filem seperti Sikit Punya Gila (1982), Ragam Pemandu (1986), dan Main-Main Hantu (1990) memberi impak besar kerana filem itu memperkenalkan namanya kepada masyarakat. – KopiPlanet.com

Kredit artikel: Portal Majoriti.com.my

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button