Cerita ArtisHiburan

Hampir Ditipu Tiga Kali Dalam Tempoh Seminggu, Amar Asyraf Akan Lebih Berhati-Hati Apabila Hulurkan Bantuan

Boleh dikatakan golongan selebriti sering menjadi pilihan orang ramai yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan bantuan.

Malah, ramai juga selebriti yang berkemampuan dilihat tidak lokek untuk menolong sekadar yang termampu.

Bagaimanapun, dalam usaha untuk membantu, masih ada juga suka mengambil kesempatan atas kebaikan yang dilakukan.

Cerita pelakon popular Amar Asyraf, dia memberitahu bahawa dalam seminggu, sudah hampir tiga kali dia ditipu mereka yang memerlukan bantuan.

“Ramai yang hantar mesej untuk meminta bantuan kewangan dan sebagainya. Alhamdulillah, mana yang saya mampu, saya cuba kongsikan rezeki.

“Cuma bila dah masukkan duit ke akaun mereka, saya minta alamat untuk bantuan susulan dan mereka tidak mahu. Pelbagai alasan diberikan. Bukti-bukti lain yang menunjukkan mereka dalam kesusahan pun tidak diberikan.

“Ketika itu yang saya sedar bahawa sebenarnya ada yang cuba mengambil kesempatan. Dalam seminggu, sudah hampir tiga kali saya kena begini,” katanya.

Amar berkata, apa yang membuat dia lebih rasa terkilan adalah kerana dia sendiri berhadapan dengan masalah kewangan, namun tetap cuba membantu bila memperoleh rezeki yang lebih.

Jelasnya, dia juga pernah cuba menjual barangan semata-mata kerana mahu mengisi duit minyak kenderaan sahaja.

“Alhamdulillah, berkat sokongan rakan-rakan selebriti, akhirnya saya beroleh rezeki yang baik dan doa saya dimakbulkan Allah dan rezeki pun ada.

“Sebab itu bila ada yang cuba menipu, saya terkilan walaupun jumlahnya tidak banyak. Kalau boleh biarlah mereka yang memang memerlukan untuk terima bantuan tersebut,” katanya.

Ujar Amar, untuk mengelakkan perkara sama berulang kembali, dia kini lebih berhati-hati dalam menghulurkan bantuan kerana tidak mahu ditipu.

Menurutnya, buat masa ini dia akan meminta bukti seperti individu tersebut perlu mengambil gambar bersama kad pengenalan untuk memastikan mereka benar-benar memerlukan bantuan.

“Memang ramai yang hantar mesej di Instagram saya. Sebab itu saya minta maaf sangat pada mereka yang saya tidak sempat balas mesej.

“Saya pun bukanlah orang senang, tapi mana rezeki yang saya dapat pasti akan dikongsi,” katanya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button