Cerita ArtisHiburan

Hampir Seminggu Ditidurkan, Hamdan Senario Disahkan Meninggal Dunia

Setelah hampir seminggu ditidurkan, pelawak yang juga salah seorang anggota kumpulan Senario, Hamdan Ramli telah disahkan meninggal dunia hari ini di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

Menerusi laporan Kosmo, pemergiaan pelawak berkenaan kira-kira pukul 12.50 tengah hari tadi telah dimaklumkan sendiri anak bongsu arwah, Nur Natasya Umaira.

“Assalamualaikum semua, khabar duka. Hamdan Ramli sudah tiada sebentar tadi,” ujarnya.

Sebelum ini, pada 31 Disember lalu, anggota kumpulan Senario berkenaan dilaporkan dimasukkan ke hospital dan ditidurkan pada Isnin lepas akibat komplikasi buah pinggang.

Allayarham juga dilaporkan terpaksa ditidurkan selepas disahkan mengalami jangkitan kuman dalam darah, jantung lemah dan paru-paru berair. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button