Cerita ArtisHiburan

Han Byul Sahut Cabaran Nyanyi Lagu Keroncong, Sudah Mula Berlatih Untuk Konsert Apresiasi Irama Keroncong Malaysia

Penyanyi popular kelahiran Korea Selatan, Han Byul menyahut cabaran menyanyikan lagu irama keroncong untuk menjayakan Konsert Apresiasi Irama Keroncong Malaysia yang akan berlangsung pada Ogos ini.

Han Byul berkata, ia adalah sesuatu yang menarik untuk kerjaya seninya apabila diberi peluang untuk menjayakan konsert berkenaan bersama beberapa penyanyi popular tanah air.

“Saya anggap tawaran ini sangat menarik untuk menyanyikan lagu keroncong. Malah, saya sudah mula berlatih menyanyikan lagu Cinta Abadi.

“Pada saya ia agak mencabar dan sebab itu saya gunakan masa yang ada untuk berlatih. Tidak dinafikan setelah mendengar beberapa lagu keroncong, saya mula suka dengan irama dan melodinya,” jelasnya.

Menurut penyanyi yang juga juara Big Stage 2019 itu lagi, dia mengakui berasa agak sedikit gugup, namun percaya ia akan berjalan seperti yang dirancang dengan latihan yang berterusan.

Sementara itu, berkenaan dengan Konsert Apresiasi Irama Keroncong Malaysia, ia akan berlangsung selama dua hari iaitu pada 5 dan 6 Ogos ini di Istana Budaya.

Ia menampilkan barisan penyanyi-penyanyi hebat seperti Datuk Yusni Hamid, Datuk Khadijah Ibrahim, Datuk Awie dan Datin Alyah serta kehadiran pelapis-pelapis generasi baru iaitu Rasyidah Abd Rahim (Bintang Klasik 2012), Rizal Ahmad (Juara Bintang Nostalgia 2013), Jamilah Abu Bakar (Puteri keroncong) dan Han Byul.

Dianjurkan oleh pihak Irama Studios, konsert berkenaan turut mendapat sokongan Kementerian Komunikasi Dan Digital serta Mycreative Ventures Sdn Bhd.

Pengasas Irama Studios, Mahzan Manan berkata, konsert itu akan membuka mata dan mengimbau kembali nostalgia lagu-lagu lama lewat lantunan vokal penyanyi-penyanyi hebat tanah air.

“Konsert Apresiasi Irama Keroncong Malaysia juga bukan dikhususkan buat peminat tegar, namun selaku penganjur kami mahu menarik minat penggemar muzik baharu untuk ikut kenal seterusnya menikma8 irama Keroncong yang tidak patut dilupakan,” ujarnya.

Tiket-tiket konsert boleh dibeli mulai 12 Jun 2023 menerusi www.ilasso8cket.com.my yang berharga RM588.00, RM388.00, RM288.00, RM188.00 & RM88.00. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button