Hanis Zalikha Dilantik Sebagai Duta Jenama Innersejuk Dengan Potensi Kontrak Bernilai RM4.2 Juta
Innersejuk telah memilik pelakon Hanis Zalikha sebagai duta rasmi bagi jenama tersebut. Dia yang merupakan, seorang usahawan wanita terkenal di Malaysia dan dikenali Sebagai Ikon Modest Fashion bersetuju dengan
potensi kontrak bernilai USD 1 Juta (Ringgit Malaysia 4.2 Juta).
Pengarah Urusan Innersejuk, Azrul Izzam berkata, pihaknya sangat teruja dan mengalu-alukan Hanis untuk menjadi sebahagian daripada keluarga Innersejuk.
“Sebelum ini, kami sudah bekerjasama dengan lebih 300 artis serta influencer untuk mempromosikan setiap produk kami. Namun, akhirnya kami telah memilih Hanis kerana sikapnya yang begitu profesional.
“Selain itu, personalitinya yang sangat berani, mempunyai ciri-ciri istimewa yang tersendiri, sangat sesuai untuk membawa jenama Innersejuk. Hanis juga adalah seorang usahawan wanita berbakat yang berjaya, juga seorang isteri dan ibu,” ujarnya.
Azrul berkata, buat pertama kalinya Hanis akan turut serta dalam kempen Innersejuk, menonjolkan koleksi Telekung Sugainah yang terbaru.
Dalam kempen tersebut, pelakon itu memperagakan Telekung Suqainah Signature dan Telekung Sugainah Luxe,
koleksi telekung sejuk berteknologi tinggi yang memberikan keselesaan tetapi masih kelihatan cantik dan elegan ketika dipakai.
“Koleksi Telekung Suqainah ini telah pun berada di pasaran di semua platform online dan di outlet Innersejuk. Fabrik Telekung Sugainah ini dihasilkan dari rekaan inovatif Innersejuk sendiri iaitu DriChill® Tuff, fabrik yang lebih lasak & lebih tebal daripada telekung biasa.
“Ciri menarik berkenaan dengan fabrik ini, walaupun lebih tebal dari kebiasaan telekung yang berada di pasaran, fabrik Telekung Sugainah ini direka khas supaya kekal sejuk dan anti-mikrob, ditambah pula dengan ciri kemasan yang mewah menjadikan Telekung Sugainah ini sesuai dengan semua jenis muka, cantik terletak apabila memakainya dan memberikan keselesaan kepada pemakainya,” jelasnya.
Sementara itu, Hanis menyatakan dia sangat berbesar hati memang tidak menjangka apabila dipilih sebagai duta jenama Innersejuk.
Ujarnya, sebagai pengguna produk Innersejuk sebelum ini, dia yakin produk-produk keluaran jenama berkenaan sememangnya sangat berkualiti.
“Sugainah bermaksud ketenangan dalam Bahasa Arab dan ia menggambarkan perasaan saya apabila memakai telekung ini. Telekung ini tidak jarang, rasa sejuk bila dipakai dan yang paling saya suka bila di bahagian muka nampak sangat kemas dan terletak dengan sempurna.
“Saya sangat suka dan Telekung Sugainah in merupakan antara telekung terbaik yang pernah saya miliki. Telekung Sugainah Signature merupakan potongan klasik untuk jenama ini yang sesuai digunakan untuk kegunaan harian dan luga di majlis-majlis khas. Manakala Telekung Sugainan Luxe pula mempunyai chi Yang labih mewah dengan fishtail yang lebin panjang di bahagian belakang,” ujarnya. – KopiPlanet.com