Cerita ArtisHiburan

Hannah Delisha Buat Pemeriksaan Ketika Hamil Tiga Bulan… Doktor Maklumkan Janin Dalam Kandungannya Sudah Tidak Bernyawa Ketika Usia Lapan Minggu

Pelakon popular, Hannah Delisha memaklumkan dia hanya mengetahui janin dalam kandungannya sudah tidak bernyawa ketika hamil tiga bulan.

Hannah berkata, ketika membuat pemeriksaan di hospital, doktor memaklumkan usia kandungannya hanya berusia lapan minggu sahaja.

“Ketika hamil tiga bulan, saya pergi buat pemeriksaan dan ketika imbasan doktor berasa pelik kerana saiz janin tidak seperti berusia 12 minggu dan tiada degupan jantung.

“Kemudian pemeriksaan kedua dilakukan dan akhirnya doktor beritahu yang kandungan saya sudah tidak bernyawa sejak hamil lapan minggu,” ujarnya.

Hannah berkata demikian ketika ditemui di program Sinar Ramadan Bulan Bintang yang diadakan di Surau Al Mukmin, Bandar Saujana Putra, Selangor petang semalam.

Baru-baru ini, pelakon kelahiran Singapura itu mengumumkan bahawa dirinya telah mengalami keguguran menerusi platform media sosial.

Bercerita lebih lanjut mengenai perkara tersebut, Hannah memberitahu tiada sebarang simptom yang berlaku ke atas dirinya.

Tidak mampu menahan sebak, pelakon itu menyatakan keadaannya sekarang sudah bertambah baik namun masih menjalani pantang dan akan melakukan pemeriksaan semula pada Ahad sebelum pulang ke Singapura.

“Perasaan bahagia menanti zuriat berubah menjadi sedih dalam tempoh beberapa minit sahaja apabila cahaya mata dinanti-nantikan sudah tiada.

“Tangisan ni bukanlah sebab saya tak dapat kenyataan, saya terima segala yang berlaku. Cuma sekarang ini saya terkenangkan semula apa yang berlaku,” ujarnya.

Hannah bersama beberapa pelakon lain seperti Shukri Yahaya dan Nadhir Nasar hadir ke program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Sinar Ramadan Bulan Bintang.

Program tersebut juga merupakan kerjasama Bulan Bintang bersama Muslim Volunteer Malaysia (MVM) yang akan berkunjung ke tujuh buah lokasi di seluruh Malaysia. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button