Cerita ArtisHiburan

Hanya Bertahan Selama 21 Bulan, Syamsul Yusof & Ira Kazar Sah Cerai Talak Satu

Ikatan perkahwinan antara Syamsul Yusof dan Ira Kazar hanya mampu bertahan 21 bulan setelah pasangan berkenaan sah bercerai talak satu hari ini.

Menerusi laporan portal mStar, Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor mengesahkan wujud pelanggaran taklik sebanyak lima kali dibuat Syamsul terhadap Ira sejak 14 Ogos lalu.

Hakim Syarie, Mohd Faizal Habib membuat keputusan itu selepas meneliti semua dokumen difailkan Ira pada 21 Ogos lalu.

Peguam mewakili Ira iaitu Muhammad Fadhil Abd Razak memberitahu wujud penceraian luar mahkamah namun bersyukur perkara itu selesai dengan baik.

“Hari ini mahkamah sudah sahkan bahawa berlaku penceraian di luar mahkamah di antara Ira Kazar dan juga Syamsul.

“Mahkamah sahkan dokumen tersebut sekitar pukul 10.30 pagi tadi. Terima kasih kepada mahkamah kerana dapat selesaikan dengan segera,” katanya.

Fadhil memaklumkan perkara itu semasa ditemui selepas sebutan kes pengesahan lafaz taklik di antara Syamsul dan Ira.

Mengulas mengenai pelanggaran taklik, peguam mewakili Syamsul iaitu Azmi Mohd Rais menjelaskan perkara itu dibuat Ira secara rela dan tanpa paksaan sesiapa.

Tambah Azmi, Ira juga sudah pun memulakan tempoh idah sejak 14 Ogos lalu.

“Mahkamah sahkan berlakunya perlanggaran taklik oleh Ira. perkara itu adalah dilakukan secara rela dan tanpa paksaan,” ujarnya.

Pada pagi Khamis, Azmi memberitahu pelanggaran taklik itu ada kaitan dengan hantaran media sosial yang dibuat Ira.

Bagaimanapun Azmi tidak memperincikan hantaran tersebut sehingga berlakunya pelanggaran taklik.

Untuk rekod, Syamsul dan Ira berkahwin pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand.

Perkara itu disahkan oleh Syamsul menerusi sebuah video yang dimuat naik dalam Instagram pada Januari tahun lalu. – KopiPlanet.com

Kredit artikel: portal mStar 

Kredit foto: NSTP

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button