Cerita ArtisHiburan

Harith Iskander Luah Rasa Sedih Atas Kehilangan Anjing Berkaki Dua Yang Dipeliharanya

Pelakon dan pelawak Harith Iskander meluahkan rasa sedihnya atas kehilangan anjing peliharannya yang berkaki dua.

Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, Harith memberitahu anjing betina bernama Marvella itu dipeliharanya sejak Jun tahun lalu.

“Ini adalah hari yang sangat menyedihkan dan dengan hati yang berat saya memberitahu semua orang bahawa #marvellathewonderdog tidak lagi bersama kami.

“Dia datang dalam kehidupan kami pada bulan Jun 2020 dan segera menjadi anggota keluarga kami. Dia baik, berani dan sangat ramah. Dia sepertinya tidak tahu bahawa dia hanya mempunyai kaki belakang,” tulisnya.

Pada masa sama, dia turut mengucapkan terima kasih kepada individu bernama Nurul Aina yang telah membenarkan dia sekeluarga untuk membela anjing berkenaan.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada @nurullainabdulhamid kerana menyelamatkannya dan kemudian membiarkannya berada dalam hidup kami.

“Terima kasih Marvella kerana banyak mengajar kami tentang rasa terima kasih. Terima kasih kerana memberi senyuman kepada kami dan semua yang bertemu dengan anda. Kami akan sangat merindui anda,” luahnya.

Pada tahun lalu, pelawak berkenaan pernah dikecam segelintir netizen gara-gara keputusannya untuk membela anjing berkenaan.

Bagaimanpun, terdapat juga segelintir yang tetap menyokong tindakan pelawak berkenaan. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
2
+1
0
+1
6

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button