Cerita ArtisHiburan

Harris Alif, Intan Ladyana Dedah Wajah Anak, Pilih Nama Evie Khadeeja Untuk Cahaya Mata Sulung

Setelah dua bulan dikurniakan cahaya mata sulung, pasangan Harris Alif dan Intan Ladyana akhirnya mendedahkan wajah cahaya mata sulung mereka.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, pasangan tersebut juga mengumumkan nama anak perempuan mereka yang dilahirkan pada 31 Januari lalu.

“Salam ramadhan from us, Harris, Intan & baby Evie Khadeeja,” tulisnya ringkas.

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen di Instagram kedua-duanya, rakan-rakan artis serta peminat begitu teruja dengan perkongsian tersebut.

Intan dan Harris mendirikan rumah tangga pada 5 Februari 2021. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button