Cerita ArtisHiburan

Hasnol Dedikasikan Album Nadi Cinta Kita Buat Allahyarham Adnan Abu Hassan & Tony Spider, Rakam Semua Lagu Popular Laguku Untukmu

Sebelum ini, penyanyi Hasnol pernah melahirkan dua buah album iaitu, Sudi Katakan Sudi (1992) dan Caraku (1994), manakala selepas 27 tahun dia akhirnya muncul album terbarunya berjudul Nadi Cinta Kita .

Untuk album baharu berkenaan, ia memuatkan tujuah buah lagu terbaharu iaitu Nadi Cinta Kita, The Ryhtm Of Love, Hilang, Laguku Untukmu Remix 2020 serta tiga lagu lagi dalam versi instrumental.

Pernah popular menerusi Laguku Untukmu ciptaan Allahyarham Adnan Abu Hassan dan liriknya ditulis oleh Hasnol sendiri, maka sebagai tanda tribute dan penghargaan beliau kepada arwah, maka lagu tersebut dirakamkan semula secara remix & instrumental serta menjadikannya salah satu lagu dalam album terbarunya ini .

Bukan itu sahara, isstimewanya juga dalam album ini ialah lagu Hilang yang telah dicipta oleh Allahyarham Tony Iskandar Alberto atau lebih dikenali dengan nama pentas beliau, Tony Spider. 

‘’Pada mulanya, Album Nadi Cinta Kita ini adalah satu dedikasi saya buat isteri sempena ulangtahun perkahwinan kami yang ke-10 pada tahun 2020. Namun, banyak perkara yang membuatkan saya bersemangat untuk dedikasikan kepada kedua-dua Allahyarham sahabat-sahabat saya yang saya pernah bekerjasama dalam pembikinan album pertama dan yang terbaharu sekarang ini.

“Justeru dengan pemergian sahabat karib bagaikan seorang ahli keluarga saya juga, album ini terus menjadi tribute. Dalam lagu Hilang misalnya, saya telah menulis bait-bait lagu yang berkisar tentang seorang insan yang merindukan Cinta Pencipta dan secara tidak sengaja… yang sebenarnya, saya menulis tentang kisah arwah,” ujarnya.

Hasnol berkata, dalam album berkenaan, turut dimuatkan lagu versi Inggeris Nadi Cinta Kita yang diberi tajuk ‘The ‘Rhythm of Love’.

“Lagu ini adalah yang pertama dalam sejarah saya sebagai artis rakaman menyanyikan lagu dalam Bahasa Inggeris dan saya mengharapkan penerimaan peminat-peminat dalam percubaan julungckalinya untuk menyanyikan lagu dalam Bahasa inggeris setelah hampir 30 tahun berada dalam persada seni suara,” katanya.

Bercerita lebih lanjut tentang pembikinan album Nadi Cinta Kita, penyanyi itu berkata, ia bermula dengan rakaman lagu Hilang yang digubah, susun adun oleh Allahyarham Tony Spider hujung tahun 2018.

Lagu Hilang dirakam semula di studio Luncai Emas pada awal tahun 2019 dan setelah siap rakaman lagu Hilang, Allahyarham Tony dan Pihak Pengurusan Luncai Emas telah berbincang dan bersetuju untuk merakam semula lagu Laguku Untukmu untuk diriliskan sebagai Remix dan diriliskan sekali bersama lagu Hilang.

Kemudian, Hasnol dan Luncai Emas Sdn Bhd telah bersetuju untuk meriliskan kesemua lagu yang telah dirakam itu dalam satu album ‘Edisi Terhad’ di bawah label Luncai Emas. Namun, promosi untuk album itu tidak dapat dijalankan dan ianya tergendala akibat pandemic covid-19 . 

“Apabila suasana Covid-19 melanda, saya dan ramai lagi rakan-rakan dalam industri hiburan terjejas kerana tiada ruang untuk membuat persembahan.

“Walaupun boleh melakukan secara maya di media sosial, tak semua yang akan membuat sumbangan kerana bagi penonton, sekali mereka menyumbang walau seringgit, mereka akan terus menonton persembahan kami sekiranya ia berlangsung selama seminggu. Memang keadaan menjadi sempit buat kami. Untuk mendapatkan bantuan atau geran dari kerajaan bukanlah semudah yang disangka,” luahnya.

Di semua laman strim telahpun tersedia dua buah lagu dari album Nadi Cinta Kita ini untuk didengarkan iaitu Nadi Cinta Kita dan Hilang . Luncai Emas bertindak sebagai pengedar lagu-lagu & album ini dan mengharapkan karya- karya dari Hasnol mendapat tempat semua masyarakat, terutama sekali peminat. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button