Cerita ArtisHiburan

Hasrat Ifa Raziah Untuk Dapatkan Suntikan Vaksin Jenis Pfizer Akhirnya Tercapai

Hasrat usahawan dan penyanyi Ifa Raziah untuk mendapatkan vaksin jenis Pfizer akhirnya telah tercapai dengan menerima suntikan di sebuah pusat perubatan swasta di Bangi, Selangor.

Menerusi perkongsian di Instagram, Ifa meluahkan rasa bersyukurnya apabila proses suntikan vaksin berjalan lancar.

“Syukur Alhamdulillah saya sudah mendapat suntikan vaksin Pfizer untuk dos pertama di sebuah hospital di Bangi. 

“Terima kasih banyak-banyak di atas layanan yang diberikan. Semua kakitangan begitu baik dan prihatin kepada semua pengunjung yang hadir menerima suntikan vaksin,” katanya.

Menerusi video yang dikongsikan, Ifa dilihat tenang menerima suntikan dos pertama Ffizer serta berkongsi proses suntikan yang dilakukan kepada dirinya. 

Sebelum ini, Ifa memuat naik video di media sosial di mana dia membatalkan niat mengambil vaksin Sinovac disebabkan kekeliruan dan salah faham yang berlaku di Pusat Pemberian Vaksin (PPV), Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), 

Ternyata tindakannya itu telah mencetuskan perdebatan hangat dan kecaman daripada netizen.

Ifa dalam satu kenyataan menjelaskan keputusan untuk dia mendapatkan vaksin jenis Pfizer itu bersebab dan bukannya mengada-ngada serta bersikap degil. 

Malah, Ifa juga sanggup mengeluarkan duit sendiri untuk mendapatkan vaksin itu demi tahap kesihatannya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button