AntarabangsaHollywood

Hayley Williams Tak Mahu Umum Paramore Sudah Bubar

Walaupun dilihat sudah tidak aktif lagi dalam bidang seni, vokalis Paramore, Hayley Williams menyatakan dia enggan mengeluarkan sebarang kenyataan media yang mengatakan band itu sudah dibubarkan.

Hayley berkata, dia tidak mahu mengeluarkan sebarang kenyataan media mengatakan Paramore sudah bubar, dirinya sudah keluar dari band atau sekarang menyepikan diri.

“Yang jelas merupakan taktik pemasaran sesetengah pihak pada masa sekarang dan kami selesa begini. Jika kami pilih untuk buat sesuatu dengan jenama Paramore seperti mengeluarkan t-shirt, itu sesuatu yang mengagumkan.

“Saya sudah berada dalam band ini sejak saya berusia 12 tahun lagi, band ini tidak akan pergi jauh daripada saya. Selagi kami masih berkawan, band ini masih ada, ia memang ada dalam diri kami semua,” katanya.

Paramore tampil dengan album terakhir, After Laughter pada dua tahun lalu yang menampilkan ahli asal mereka iaitu drummer Zac Farro selepas pengunduran pemain gitar bass, Jeremy Davis.

Beberapa bulan lalu, Hayley berkolaborasi dengan penyanyi Kacey Musgraves di Nashville, Amerika Syarikat untuk satu pertunjukan pentas.

Paramore yang terkenal dengan lagu Ain’t It Fun, Decode dan Still Into You ditubuhkan pada 2004. Anggotanya terdiri daripada Hayley, Zac Farro dan Taylor York. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button