Cerita ArtisHiburan

“Hehehe Sorry Semua, Ni Bukan Bilal…” Neelofa Nafi Video Dia Sedang Dukung Bayi Adalah Bilal

Baru-baru ini telah viral satu video di TikTok yang menunjukkan pengacara dan usahawan popular, Neelofa mendukung seorang bayi lelaki.

Gara-gara video berkenaan, ternyata ramai yang menyangka bawa bayi tersebut adalah anak Neelofa dan PU Riz iaitu Muhammad Bilal.

Enggan membiarkan peminat terus memperkatakan tentangnya, Neelofa lantas memberikan komen pada video berkenaan.

“Hehehe sorry semua, ni bukan Bilal. Tapi comel masyaAllah,” tulisnya.

Neelofa dan PU Riz berkahwin pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan cahaya mata sulung iaitu Bilal pada 29 Januari lalu.

Sehinggi kini, pasangan berkenaan mengambil pendekatan untuk tidak mendedahkan wajah anak mereka kepada umum, termasuk di media sosial. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button