
Henry Golding Jadi Tetamu Program TV The Ellen Show
Semua sudah sedia maklum program bual bicara The Ellen Show merupakan antara rancangan TV yang mendapat rating tertinggi di seluruh dunia.
Terbaharu, hos dan pelakon kelahiran Malaysia, Henry Golding terpilih menjadi tetamu rancangan itu bagi berkongsi mengenai filem terbaharunya berjudul Crazy Rich Asians bersama seorang lagi pelakon utamanya, Constance Wu.
Pelakon kacukan Iban-Inggeris itu berkongsi gambarnya di Instagram beserta kapsyen, “Jangan lupa sebarkan ‘trailer’ Crazy Rich Asians yang akan dilancarkan nanti.”
Filem Crazy Rich Asians yang diarahkan Jon M Chu merupakan adaptasi novel dari judul sama tulisan Kevin Kwan.
Crazy Rich Asians yang diterbitkan Warner Bros Entertainment akan menemui penonton seluruh dunia bermula 17 Ogos nanti. – KopiPlanet.com
Kredit foto: Instagram Henry Golding