HiburanSelebriti

Hormati Siasatan Polis, Caprice Dinasihat Tidak Memuat Naik Video Podcast Bersama Mondy Bahagian Dua & Tiga

Penyanyi dan selebriti popular, Caprice menyatakan dia tidak dapat memuat naik video podcast seterusnya bersama Mondy untuk bahagian kedua dan ketiga.

Perkara berkenaan telah dimaklumkan sendiri oleh Caprice menerusi akaun Instagram miliknya dan keputusan berkenaan dibuat atas nasihat polis.

“Minta maaf semua, untuk hormat siasatan Bukit Aman, kami di nasihat untuk tidak upload Part 2 and Part 3 of our podcast.

“InsyaAllah one day, the truth will be out,” tulisnya.

Sebelum ini, negara digemparkan mengenai pendedahan seorang wanita bertatoo dikenali Mondy mengenai sikap sebenar pendakwah selebriti Ebit Lew.

Dalam pendedahan yang dilakukan menerusi podcast bersama Caprice, wanita itu mendakwa dirinya telah diraba Ebit serta disuruh untuk berlakon sedang solat dan membaca Al-Quran.

Sehubungan itu, pendakwah berkenaan telah membuat satu laporan polis sebaik pulang dari Jeddah, Arab Saudi baru-baru ini dan mendakwa dirinya difitnah. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button