Cerita ArtisHiburan

Hos Melodi… Permulaan Baik Buat Ajak Shiro, Janna Nick

Salam buat peminat-peminat dan followers portal KopiPlanet.com, termasuk netizen-netizen yang dikasihi semua. Rasanya agak lama jugak Cik Kopi tak membebel… Hahahahah!

Lagipun awal-awal tahun macam ni, tak ada apa yang Cik Kopi nak perkatakan. Kecuali ramai yang mengikuti perkembangan tentang diri pelakon Iqram Dinzy @ Dr Princhhiqy Dinzly sekarang, siap jadi tetamu Melodi semalam.

Bercakap tentang Melodi, ramai yang sudah tahu bahawa pelawak Ajak Shiro dan Janna Nick telah menjadi hos baharu bagi menggantikan Awal Ashaari dan AG yang mengambil keputusan untuk mengundurkan diri.

Pada mulanya, Cik Kopi tengok ramai yang tak bersetuju apabila Ajak dan Janna diberi tanggungjawab tersebut. Tak dinafikan, ada juga segelintir kawan-kawan Cik Kopi yanhg yang berasa kedua-duanya tidak sesuai.

Cuma setelah menonton Melodi semalam, Cik Kopi tengok kedua-duanya nampak boleh tahan apabila Ajak dan Janna bergandingan dan sudah nampak keserasian dalam gandingan mereka berdua.

Malah, ramai juga yang sudah mula memberikan komen-komen yang positif tentang gandingan tersebut, biarpun baru episod yang pertama untuk tahun baru ni.

Bagi Cik Kopi, ia satu permulaan yang cukup baik buat Ajak dan Janna, meskipun ada beberapa kelemahan yang boleh diperbaiki lagi. Namun, secara keseluruhannya Cik Kopi rasa puas hati dengan gandingan mereka berdua.

Biasalah, mula-mula memang ramai yang susah nak terima. Apatah lagi penonton sudah serasi melihat gandingan Awal dan AG sebelum ini.

Apa yang Cik Kopi boleh katakan, kedua-duanya patut diberi peluang lagi untuk membuktikan kemampuan sebenar bagi mengacarakan sebuah program hiburan.

Cik Kopi: Sebelum memang banyak artis yang mula-mula jadi pengacara mendapat kecaman, akhirnya semakin diterima bila dah semakin serasi.

Kredit foto: Instagram Melodi

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button