Cerita ArtisHiburan

Hubungan Shila Amzah & Ubai Sudah Berakhir? Hanya Mampu Bertahan Selama Lima Bulan?

Hubungan penyanyi popular, Shila Amzah dengan influencer Ubai dilihat sudah berakhir dan hanya mampu bertahan selama lima bulan sahaja.

Perkara tersebut telah dikongsikan sendiri oleh Shila menerusi satu perkongsian yang telah dimuat naik di akaun Instagram miliknya yang dilihat seakan-seakan sudah terlerai ikatan antara mereka.

“Thank you for the wonderful 5 months. You’ve been a great partner to me ,thank you for showing love to seth.
I will only wish the best for you , saya doakan awak dimurahkan rezeki.

“Dan semoga awak dapat segala Apa yang awak hajati @ubaimz. Thank you for everything. Saya Akan ingat memori ni sampai bila-bila,” tulisnya.

Sebelum ini, pasangan tersebut mengakui bahawa kedua-duanya sedang menjalinkan hubungan cinta dan sedang ke fasa yang lebih serius.

Mereka juga merancang untuk mendirikan rumah tangga, malah baru-baru ini Ubai mengakui sudah membelikan sebentuk cincin untuk penyanyi berkenaan.

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen, ada yang terkejut dengan perkara tersebut. Namun, ada juga yang beranggapan ia adalah sekadar ucapan sempena hubungan mereka yang sudah memasuki bulan kelima. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
2
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button