EventHiburan

Hyper Act Adakan Konsert Sempena Ulang Tahun Ke-15, Bakal Gabungkan Semula Bekas Ahli Kumpulan

Redvena bersama Redvena Musix buat julung kalinya akan menganjurkan konsert dengan kerjasama label artis Talent Toy Production yang bakal menampilkan kumpulan Hyper Act yang terdiri daripada Firman Bansir (Vokal Utama), Toy Nizam (Bes dan Vokal Kedua), Freddy (Gitar Utama), Etan (Gitar Kedua) dan Ejam (Drum) pada 3 Februari 2024 (Sabtu) jam 8.30 malam bertempat di KWC StarXpo, Kuala Lumpur.

Konsert ini mendapat sokongan rakan radio Hot FM, rakan media Astro Gempak, penaja seperti Icha Hair Studio by Icha Khairul dan Mell Beauty Makeup by Eiycha Aziz dan rakan rasmi iaitu Ombak Exclusive.

Konsert ini adalah bersempena dengan ulangtahun ke-15 kumpulan Hyper Act. pada tahun 2024 semenjak penubuhannya pada tahun 2009.

Selain itu, konsert ini juga adalah sebagai kesinambungan aktiviti Hyper Act. selepas pelancaran lagu terbaru mereka “Pasti Terjadi” pada Oktober 2023. 

Tambahan daripada itu, konsert ini bakal menggabungkan semula bekas-bekas anggota Hyper Act. sebelum ini iaitu Ronnie Hussein (Vokal Utama), Kecik Ogie (Vokal Utama) dan Labib (Drum), dan ini adalah seperti yang dinanti-nantikan oleh peminat mereka sekian lama.

Konsert yang disasarkan akan dihadiri oleh 5,500 orang peminat Hyper Act. akan dihiburkan dengan 16 buah lagu lagu hit mereka seperti Harapan, Hanya Aku, Impian, Takkan Pergi, Bukan Untukku, Kasih, Pasti Terjadi dan selebihnya. Jangkaan masa konsert ini adalah selama 2 jam.

Tiket masuk telah mula dijual di platform ticket2U sejak 24 Oktober 2023. Tiket yang berharga RM115 (Zon 5 Berdiri) telah habis dijual manakala tiket-tiket yang masih ada berharga RM175 (Zon 4 Berdiri), RM195 (Zon 3 Berdiri), RM225 (Zon 2 Berdiri), RM245 (Zon 1 Berdiri), RM295 (“Pasti Terjadi” – Berdiri) dan RM250 (Meet & Greet). – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button