Cerita ArtisHiburan

“I Doakan Korang Berdua Ira Kaza Dan Suami I Diberikan Hidayah” – Puteri Sarah Luah Rasa Kesal Masih Diganggu Ira Kaza

Pelakon popular Puteri Sarah meluahkan rasa kesal apabila terus diganggu anak kepada pelakon Kazar Saisi iaitu Ira Kazar yang menggunakan pelbagai akaun media sosial palsu.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Puteri Sarah juga mendedahkan gadis berkenaan menjadi punca dia dan suami tidak tinggal sebumbung sebelum ini.

“Dari dulu sampai sekarang saya diganggu dengan akaun palsu. Diganggu komen-komen yang menyakitkan hati tapi saya sabar. Anda kacau mental saya dari 2019 lagi.

“Sampai kami (Puteri dan Syamsul) dah tak tinggal sebumbung, tak puas hati lagi ke? Bila kami berbaik, anda ugut suami saya pula. Di bulan baik ini I doakan kalian berdua, Ira Kaza dan suami (Syamsul Yusof) I diberikan hidayah,” ujarnya.

Pelakon itu berkata, sebelum ini dia banyak berdiam diri dengan tindakan Ira kerana mahu menjaga nama baik keluarga.

“Hari ini saya tengah sibuk dengan anak-anak, tiba-tiba saya terima berita yang menyakitkan. Selama ini, apa anda buat, anda ganggu saya, saya diamkan saja sebab nak jaga nama baik keluarga.

“Tapi kali ini rasanya anda sudah lebih sangat. Siap cakap fasal anak-anak saya. Anda hanya orang luar tak perlu masuk campur. Apa yang berlaku sekarang anda dan orang luar cuma tahu luaran sahaja,” katanya. 

Pada masa sama, pelakon berkenaan ingin berpesan kepada Ira untuk berhenti mengganggunya. 

“Kali ini cukuplah anda ganggu saya lagi bila saya nak pergi umrah. Empat tahun saya menanggung. Berhati- hati doa orang yang teraniaya itu Allah akan makbulkan lagi-lagi di bulan puasa ini,” katanya.

Sebelum ini , kisah rumah tangga pasangan selebriti itu didakwa sedang dilanda masalah sehinga mendapat perhatian netizen. 

Malah, Puteri Sarah juga mengakui sudah lama tidak tinggal sebumbung dengan Syamsul dan dia mendakwa suaminya itu tahu kenapa dia ‘dingin’. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
1
+1
1
+1
7
+1
13
+1
15

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button