Cerita ArtisHiburan

“I Reserve All My Comment, Hanya Allah Sahaja Yang Mengetahui Segala Isi Hati” – Nonny Nadirah

Pelakon popular Nonny Nadirah memberi ucapan sempena kedatangan bulan Ramadan yang akan bermula esok.

Berkongsi ucapan tersebut di Insta Story miliknya, Nonny turut memohon maaf atas segala salah dan silap serta mendoakan yang terbaik untuknya.

“Assalamualaikum, saya rindu semua. Sempena menyambut kedatangan bulan Ramadan saya Nonny Nadirah ingin memohon maaf di atas segala salah dan silap yang terang mahupun tersembunyi.

“Doakan yang terbaik buat saya. Lillahi Ta’ala saya sayang semua kerana Allah. Keluarga, sahabat, peminat sorry & thank you for everything. I reserve all my comment. Hanya Allah saja yang mengetahui segala isi hati,” tulisnya.

Sebelum ini, Nonny mencetuskan tanda tanya ramai berhubung beberapa posting video yang dimuat naiknya sebelum.

Dalam pada itu, Nonny turut menyatakan dirinya menerima dengan hati terbuka setiap apa yang diperkatakan orang ramai terhadap dirinya.

“Yang tak baik itu saya. Setiap individu itu melalui fasa ujian yang berlainan. Apapun yang korang cakap saya terima dengan hati yang terbuka. I love you guys, selamat berpuasa semua,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
2
+1
1
+1
0
+1
1
+1
0
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button