Cerita ArtisHiburan

“I Said Yes…” – Nabila Razali Akhirnya Kongsi Gambar Dilamar Bakal Suami

Setelah berteka-teki mengenai status dirinya, penyanyi popular Nabila Razali akhirnya berkongsi sekeping gambar dirinya dilamar bakal suami iaitu Nik Iruwan Nik Izani.

Dalam gambar tersebut, kelihatan Nik melutut di hadapan penyanyi berkenaan dengan latar belakang perkataan yang tertulis ‘Will You Marry Me’.

“I said YES,” tulisnya ringkas pada caption gambar berkenaan.

Dalam pada itu, rata-rata peminat dan rakan-rakan artis penyanyi berkenaan mengucapkan tahniah setelah dilamar oleh bakal suami.

Sebelum ini, penyanyi berkenaan dipercayai telah bertunang dengan Nik yang juga seorang bekas pelumba kereta pada Ogos lalu.

Bagaimanapun, Nabila yang popular menerusi lagu Peluang Kedua itu mengunci mulut tentang perkara berkenaan dan tidak menafikan atau mengiyakan mengenainya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button