Cerita ArtisHiburan

“Ia Kelihatan Seperti Saya Membeli Followers” – Ada Sejuta Followers Instagram, Atikah Suhaime Pelik Kurang Dapat Likes & Views Pada Posting


Pelakon popular, Atikah Suhaime meluahkan rasa hairan apabila kurang mendapat like dan view pada setiap posting, meskipun mempunyai sejuta pengikut di Instagram miliknya.

Menerusi satu perkongsian di Insta Story, dia sendiri tertanya-tanya terhadap apa yang telah terjadi.

“Algoritma Instagram saya pelik, ada sejuta followers tetapi di mana likes dan views? 

“Boleh seseorang terangkan apa yang dah berlaku? Ia kelihatan teruk dan seolah-oleh saya telah membeli followers,” ujarnya.

Atikah berkata, dia telah berusaha mengumpulkan sebanyak mungkin followers sepanjang sembilan tahun dalam industri hiburan.

Pada masa sama, dia sendiri mempersoalkan sama ada perkara tersebut berlaku kerana dia tidak menggunakan aplikasi TikTok.

“Adakah ia kerana saya tidak menggunakan TikTok? Atau saya tak kongsikan video?

“Atau pengikut saya mahu saya beraksi comel sepanjang 24/7? Berapa kali yang saya seharusnya post?” jelasnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button