Cerita ArtisHiburan

Ibu Mentua Ako Mustapha Disahkan Meninggal Dunia Akibat Covid-19

Pelakon Ako Mustapha memaklumkan bahawa ibu mentuanya, Hajah Santanina meninggal dunia akibat Covid-19.

Perkara tersebut telah dimaklumkan sendiri oleh pelakon berkenaan menerusi laman Facebook miliknya.

“Dukacitanya dimaklumkan bahawa mak mertua saya, Hajah Santanina, itu kepada isteri saya, Tina Mustapha telah kembali kerahmatullah hari ini di HKL disebabkan virus Covid,” tulisnya.

Sementara itu, isteri pelakon berkenaan turut memaklumkan perkara berkenaan dan reda dengan pemergian ibu tercinta.

“Assalamualaikum kepda mengenali IBU ku haja santanina binti jalam minta jasa baik KAWAN KELUARGA SEDEKAKAN AL-FATIHAH buat ibu ku yg telah pulang kepencipta nya ptg tdi..halal kn klau arwah ibu ku ada terpinjam atau termakan dan terminum, semoga arwah ibu kami di tempatkan dikalangan ahli2 syurga Allah swt.

“Mak tenang dan damai lah engkau di dalam dakapan pencipta mu. Anak2 disini akan sentiasa mendoakan mu. Ya Allah sungguh sakit ujian mu ini tapi aku sebagai hamba mu reda dengan pemergian mak kami. Mak kami sayang mak dunia dan akhirat. Sehingga kita bertemu,” tulisnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button