Cerita ArtisHiburan

Ibu Mentua Minta Hannah Delisha & Imam Shah Teruskan Bersabar

Baru-baru ini, puisi yang dinaikkan oleh ibu kepada pelakon Hannah Delisha iaitu Noor Ashikin Ahmad menjadi tanda tanya sehingga timbul pelbagai spekulasi mengenai perkahwinan Hannah dan Imam Shah.

Terbaru, ibu kepada Imam iaitu pelakon veteran Singapura, Mariana Yati turut menitipkan kata-kata meminta kedua-duanya bersabar.

“SubhanAllah. Allah menentukan segalaNya. Semoga mahligai yang dibina sampai ke Syurga. Doaku tidak akan putus menjadi penghalang segala musibah. Allah itu Al-‘Alim.

“Ingat itu Imam & Hannah, teruskan bersabar. Mummy sayang kamu berdua. Semoga Allah melindungimu anak-anakku,” tulisnya menerusi satu posting di Instagram.

> Baca: Puisi Ibu & #IbuTidakRestu Undang Tanda Tanya Tentang Perkahwinan Hannah Delisha

Selain itu, menerusi satu posting yang lain pula, Mariana turut menyatakan dia merestui perkahwinan anaknya dan Hannah.

“Syurga-Mu merestuimu, anakku. #imampadahannah #1802,” tulisnya ringkas.

Hannah dan Imam mendirikan rumah tangga pada 18 Februari lalu setelah lima tahun menjalinkan hubungan. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
2
+1
1
+1
6
+1
4
+1
5
+1
3

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button