EventHiburan

Ifa Raziah Bakal Bawa 40 Artis Terkenal Tanah Air Meriahkan Acara StarVendors Perak Foodstival 2023

Selebriti versatile Ifa Raziah sekali lagi membantu usahawan selebriti menerusi StarVendor Perak Foodstival 2023 yang bakal berlansung pada 30 Disember 2023 hingga 1 Januari 2024 bertempat di Stadium Indera Mulia Ipoh, Perak.

Menariknya, seramai 40 orang artis dan influencer terlibat menjayakan acara hujung tahun ini, yang mana mereka turut membuka ‘booth’ dan menjual rangkaian produk mereka sendiri.

Ifa Raziah berkata, matlamat penganjuran ini juga adalah untuk memberi platform yang eksklusif kepada usahawan tempatan dan selebriti tanah air untuk berniaga.

“Niat saya adalah untuk membantu usahawan-usahawan tempatan untuk mencari rezeki, terutama sekali rakan-rakan artis yang berniaga.

“Dalam waktu yang sama, saya melihat rakan selebriti yang saya bawakan untuk kali ini semuanya yang mempunyai produk hasil tangan mereka sendiri,” ujarnya.

Antara yang terlibat seperti Datuk Norman Abdul Halim, Datuk Nora Ariffin, Noraniza Idris, Dato Seri Vida, Zarina Zainuddin, Salina Saibi, Serina Redzuwan, Syean Mokhtar, Reen Rahim, Nadia Brian, Cheta Pot Pet dan Nur Ristena.

Tidak ketinggalan juga artis lain seperti Lan Pet-Pet, Faezah Elai, Syuk Sahar, Acong Sweetchild, Han Budak Cina, Dr Dhia, Linda Eva, Fauzi Nawawi & Nisdawati serta dua pengacara hebat iatu Ahfad dan Kelly Azman.

Ujarnya, pada tahun ini pelbagai acara menarik disajikan khas untuk pengunjung antaranya acara jualan indoor dan outdoor, segmen bual bicara Women To Women, Pertandingan Ratu Cilik, Karaoke Starvoice dan persembahan istimewa Ukay’s Qalam Band, dan Pretty Ugly.

“Selain artis, kita ada rakan penaja sepanjang acara ini berlangsung antaranya pengangkutan rasmi Starvendors iaitu Mitsubishi Motors Malaysia dan Lofty Ambition Sdn Bhd.

“Lebih istimewa, Mitsubishi juga menyediakan dua biji kereta eksklusif untuk Starvendors membuat roving selama setahun,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button