Cerita ArtisHiburan

“I’m Tired…” – Jalan Perdamaian Gagal, Puteri Sarah Buat Keputusan Tetap Mahu Bercerai Dengan Syamsul Yusof

Pelakon popular, Puteri Sarah Liyana masih kekal dengan keputusannya untuk bercerai dengan suaminya, pengarah Syamsul Yusof.

Dalam satu sesi jalan penyelesaian yang berlangsung di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) pagi ini, pelakon itu menyatakan dia sudah letih dengan apa yang berlaku.

“Saya tegaskan kat sini saya masih dengan keputusan yang saya nak bercerai. Saya tak nak berdamai… enough is enough. I’m tired.

“Saya cuma nak dilepaskan sahaja. Saya jumpa dengan ustazah, saya ceritakan semua yang berlaku A sampai Z berserta dengan bukti. Sama ada jalan perdamaian ada atau tak, saya kata memang tak ada,” ujarnya.

Luah Puteri Sarah, dia sudah penat untuk berhadapan dengan masalah yang melanda selama bertahun-tahun dan disebabkan itu dia mengambil keputusan untuk bercerai.

Dalam pada itu, pelakon itu memaklumkan selepas ini akan ada sesi pendengaran kedua di mahkamah yang akan berlangsung pada bulan hadapan.

“Apa yang kita cakapkan hari ini akan dibawa ke mahkamah. Apa yang saya cakap tak nak berdamai, nak bercerai saya akan beritahu kat mahkamah.

“Saya berharap sangat cepat-cepat dilepaskan. Kalau dia tak nak saya akan menggunakan hakam,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
1
+1
1
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button