Cerita ArtisHiburan

Impian Ziva Magnolya Berduet Dengan Rizky Febian Akhirnya Tercapai Menerusi Single Terlukis Indah

Penantian penyanyi muda yang cantik dan berbakat Ziva Magnolya untuk berduet dengan idolanya, Rizky Febian akhirnya tercapai menerusi single terbaru mereka Terlukis Indah.

Single yang dilancarkan di bawah naungan Universal Music Indonesia ini adalah karya yang paling dinantikan dari kolaborasi Ziva dan Rizky memandangkan kedua-duanya sering bekerjasama untuk menyanyi secara langsung.

Sehingga akhirnya single Terlukis Indah dikeluarkan sebagai tanda terima kasih yang mendalam kepada peminat yang mahukan Ziva Magnolya dan Rizky Febian berkarya bersama.

Ziva yang juga bekas peserta Indonesian Idol 2019 berkata, sebenarnya Rizky sendiri mahu agar perkara ini dapat direalisasikan sejak tahun lalu.

“Sebelum ini saya memang mempunyai impian untuk berduet dengan Rizky dan akhirnya Terlukis Indah telah melaksanakan impian saya ini.

“Sejak dilancarkan pada bulan Julai lalu, lagu ini mendapat sambutan yang cukup menggalakkan daripada pendengar di Indonesia,” ujarnya.

Ziva berkata demikian ketika sesi sidang media secara virtual bersama pihak media Malaysia yang berlangsung semalam.

Single Terlukis Indah mengambil tema percintaan dengan menceritakan tentang cinta pada pandangan pertama. Kisah ringan yang lumrah berlaku dalam kehidupan cinta ramai orang.

Bermula dari pertemuan pertama, timbulnya perasaan suka, akhirnya bersama dalam satu perjalanan cinta. Sungguh ringkas cerita dan mesej dalam lirik lagu Terlukis Indah.

Lagu ini yang digubah oleh Rizky Febian sendiri mempunyai susunan yang sangat merdu didengar. Pop yang ceria menjadi asas kepada warna muzik yang ditampilkan dalam single Terlukis Indah.

Dengan sedikit sentuhan suasana R n ‘B serta susunan muzik yang groovy ditambah dengan kualiti vokal mereka berdua yang mampu menjadi senjata utama dari segi suara dalam single Terlukis Indah ini. Pakej yang lengkap dari sebuah karya yang hebat.

Sementara itu, ketika ditanya tentang status hubungan mereka memandangkan ada peminat di Indonesia yang menyangka mereka bercinta, Rizky yang juga anak kepada pelawak terkenal Sule mengakui hubungan mereka akrab.

“Hubungan saya dan Ziva memang rapat, tetapi hanya sebagai rakan duet dalam lagu ini. Lagipun, untuk menghasilkan sebuah lagu cinta, kami perlu mencari keserasian agar ia dapat disampaikan dengan baik,” jelasnya.

Sekadar maklumat tambahan, perjalanan karier Ziva Magnolya bermula apabila Rizky Febian menemui bakatnya semasa uji bakat Indonesia Idol kesepuluh pada tahun 2019-2020.

Pada masa itu, Ziva Magnolya mendapat undangan khas dari Rizky Febian semasa uji bakat di Jakarta. Dan, pada kesempatan itu Ziva telah membuat Rizky Febian kagum dengan lagu yang dinyanyikannya, “Kesempurnaan Cinta” milik Rizky Febian. Keputusan yang tepat kerana Ziva Magnolya akhirnya berjaya mendapat tempat ketiga dalam acara pencarian bakat tersebut.

Sekarang, dengarkan Terlukis Indah dari Ziva Magnolya dan Rizky Febian di semua platform digital penstriman muzik. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button