Cerita ArtisHiburan

OST Drama Nur 2, Pudar Nyanyian Indah Ruhaila Bakal Dilancar Malam ini

Setelah sekian lama tidak tampil dengan lagu baharu, kali ini Indah Ruhaila kembali dengan single Pudar yang merupakan salah satu lagu original soundtrack (OST) drama Nur 2 bagi merancakkan lagi resumenya sebagai anak seni.

Menurut Indah, dia pernah ditawarkan untuk menyanyikan lagu OST drama Nur tahun lalu, namun disebabkan mengalami masalah kesihatan dia terpaksa menolak tawaran tersebut.

“Sebenarnya lagu ini pernah ditawarkan kepada saya untuk dimuatkan dalam OST drama Nur tahun lalu. Bagaimanapun, atas sebab kesihatan dan jadual yang tidak mengizinkan, saya terpaksa menolak.

“Namun kini sudah tertulis yang ia akhirnya memang menjadi rezeki saya untuk mendendangkan lagu ini,” katanya dalam satu kenyataan media.

Pudar yang diterbitkan Nova Music sudah boleh mula didapati menerusi semua aplikasi penstriman muzik sejak 29 Mac lalu. Single itu merupakan hasil ciptaan sepenuhnya penyanyi dan komposer Amylea Azizan.

Sempena pelancaran muzik video Pudar, Indah bakal mengadakan persembahan akustik live menerusi saluran YouTube Nova Music Videos pada jam 8 malam ini. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button