Cerita ArtisHiburan

Insiden Iqram Dinzly Cekik Mona Allen Ketika Penggambaran Hanya Lakonan Semata-Mata

Sebelum ini telah kecoh mengenai insiden yang membabitkan kejadian Iqram Dinzly yang mencekik Mona Allen sewaktu penggambaran drama Hati Yang Dikhianati.

Bagaimanapun, Mona menerusi satu video yang dimuat naik di Instagram miliknya mendedahkan ia adalah sekadar lakonan semata-mata.

“Kitaorang semua baik-baik sahaja. Semua telah dirancang oleh Iqram. Kami buat benda tu sebab nak tengok korang masing boleh terima Iqram atau tidak.

“Alhamdulillah semua masih sayangkan Iqram, kami pun gembira untuknya. Doakan yang baik-baik sahaja untuk dia,” ujarnya.

Sementara itu, Iqram pula menerusi satu laporan berita menyatakan semua yang berlaku adalah sekadar kandungan media sosial bagi mempromosikan drama lakonan mereka itu.

Malah, ia adalah gimik yang dirancang untuk dijadikan bualan netizen. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button