Cerita ArtisHiburan

Ippo Hafiz Mahu Cipta Lagu Khas Untuk Majlis Perkahwinannya

Penyanyi Ippo Hafiz mendedahkan dia kini dalam proses untuk mencipta lagu-lagu yang khas untuk majlis perkahwinannya yang akan berlangsung pada 24 Ogos ini.

Menurut Ippo, sebelum ini dia sudah banyak menghasilkan karya lagu untuk beberapa buah drama bersiri dan kini dia mahu menghasilkan lagu tema perkahwinan pula.

“Kalau diikutkan saya sudah banyak hasilkan lagu tema drama bersiri. Kini, saya dalam perancangan mencipta dua atau tiga buah lagu khas untuk perkahwinan saya.

“Kesemua lagu-lagu itu juga akan saya nyanyikan sendiri. Mungkin saya akan hasilkan album untuk lagu berkenaan dan ia boleh digunakan untuk pasangan lain yang bakal mendirikan rumah tangga,” ujarnya.

Ippo berkata demikian kepada KopiPlanet.com ketika ditemui semasa acara rakaman Melodi Raya 2019 yang berlangsung di Genting Highland baru-baru ini.

Penyanyi berkenaan bakal mendirikan rumah tangga dengan gadis bernama Fara Roslan setelah kedua-duanya diikat dalam satu majlis merisik pada bulan Mac lalu.

Ippo dan Fara berkenalan pada tahun lalu setelah bakal isterinya itu menjadi model untuk video klip lagu nyanyian dan ciptaannya iaitu Saat Bahagia.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai persiapan perkahwinannya pula, penyanyi berkenaan memberitahu setakat ini ia sudah mencapai 70 peratus.

“Setakat ini persiapan semua berjalan dengan lancar dan lokasi juga telah dipilih. Buat masa sekarang memang rasa agak berdebar untuk bergelar seorang suami,” ujarnya.

Kredit Foto: Instagram Ippo Hafiz

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button