HiburanSelebriti

Iqbal Zulkefli Akui Pernah Digoda Wanita Berulang Kali Punca Dia Mahu Ambil Pembantu Rumah Wanita Usia 40 Tahun Ke Atas

Usahawan selebriti popular, Iqbal Zulkefli mendedahkan dia pernah digoda wanita beberapa kali sehingga arwah ibunya melarang dia mengambil pembantu rumah wanita.

Iqbal berkata, ia menjadi antara faktor utama buat dirinya untuk mengambil pembantu rumah wanita yang berusia 40 tahun ke atas.

“Arwah ibu saya tidak begitu suka saya ada pembantu rumah kerana pernah ada kes wanita cuba menggoda saya. Bukan sekali dua tetapi berulang kali.

“Ini privasi untuk saya ceritakan lebih. Namun kali ini saya tidak dapat bertahan dek kesibukan saya terlalu memerlukan orang untuk menjaga kelancaran harian saya,” jelasnya menerusi perkongsian di Instagram.

Ujar Iqbal, bagi mengelakkan isu gangguan dia terpaksa mengambil pembantu rumah yang boleh berdiri sebagai sifat keibuan.

Jelasnya lagi, risiko untuk pembantu rumah lari dengan lelaki lain akan sedikit kurang jika dia mengambil wanita yang lebih berusia.

Dalam pada itu, usahawan berkenaan turut menjelaskan mengenai sebab dia mahu mengambil pembantu rumah perempuan berbanding lelaki.

“Saya menganggap kerja rumah majoriti lebih teliti jika perempuan yang bekerja. Contohnya perempuan ada kepintaran memasak, basuh pakaian dan mengemas pada waktu yang sama,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
2

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button