
Irina Shayk Cuba Elak Lady Gaga dan Bradley Cooper Duduk Bersebelahan?
Gandingan mantap antara Bradley Cooper dan Lady Gaga menerusi filem A Star Is Born sememangnya diakui ramai sehingga ada yang beranggapan kedua-duanya mempunyai hubungan istimewa dan membuatkan Lady Gaga putus tunang.
Menyedari berkenaan khabar angin tersebut, tunang kepada Bradley iaitu Irina Shayk duduk di tengah-tengah antara Bradley dan Lady Gaga semasa acara Oscar ke-91 yang berlangsung semalam.
Ternyata tindakan yang dilakukan oleh Irina itu membuatkan para peminat menjadi kecoh memandangkan susun atur kerusi yang ditetapkan, Bradley akan duduk di tengah-tengah antara Irina dan Lady Gaga.
Bagaimanapun, perubahan tempat duduk tersebut ternyata tidak berkaitan tentang gosip mengenai hubungannya istimewa antara kedua-dua pelakon itu.
Perkara sebenar yang berlaku adalah disebabkan Bradley turut membawa ibunya ke acara berkenaan dan membuatkan dia duduk di tengah-tengah antara ibu dan tunangnya itu.
Malah, Irina dan Lady Gaga dikatakan tidak pernah bermusuhan, malah kedua-duanya kelihatan sempat berbual mesra sewaktu awal acara berlangsung. – KopiPlanet.com.