HiburanSelebriti

Isma Halil Utus Surat Dari Penjara… Sedih Tak Dapat Ziarah Pusara Arwah Bapa, Luah Rasa Rindu & Mahu Peluk Cium Ibu

Penyampai radio dan pengasas Bapakku FM, Isma Halil Hamzah yang kini berada dalam tahanan di Penjara Sungai Buloh, Selangor sekali menulis surat tentang luahan isi hatinya.

Surat menerusi tulisan tangan itu telah dimuatnaik oleh penguamnya, Ahmad Zaharil Muhaiyar dan Adi Zukarnain menerusi satu perkongsian di Facebook.

Antara isi kandungan surat tersebut, Isma Halil memohon maaf kepada ibunya serta meluahkan rasa sedih kerana tidak dapat menziarahi pusara arwah bapanya.

“Maafkan saya mak, walaupun terlalu mahu tapi saya tidak mampu menemani waktu-waktu tua mak. Harap dan harapan semoga mak terus sihat. Mak tunggulah saya. Saya rindu peluk cium mak. Adik-beradik yang sentiasa saya sayang, terima kasih kerana terus menjaga mak.

“Maafkan saya abah, tak dapar ziarah kubur abah setiap minggu cuma doa yang tak pernah putus, walau saya pernah berjanji untuk jaga mak setelah abah pergi. Demi Allah saya akan terus berusaha untuk jaga mak,” tulisnya.

Dalam pada itu, penyampai radio tersebut menyatakan kehidupan yang dijalani di penjara banyak memberi pengajaran kepadanya dan berharap akan dapat dikongsikan kepada umum suatu hari nanti.

“Kehidupan di sini (penjara) membuatkan saya banyak belajar. Beribu kisah, kes-kes dan kehidupan penjara saya ambil daripada sudut yang positif.

“Semuanya saya himpunkan dan suatu hari nanti, dengan izin Allah akan saya ceritakan dan keudarakan. Banyak nak saya ceritakan sebagai ‘orang ketiga’ di blok Ehsan.

“Tak cukup dakwat pen ini untuk saya tuliskan. Semoga satu hati nanti akan dapat saya ceritakan seperti waktu-waktu dahulu,” katanya.

Sebelum ini, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur menetapkan 27 Januari 2022 bagi tarikh sebutan semula kes Isma yang berdepan dengan pertuduhan mengedar dadah.

Majistret Wong Chai Sia menetapkan tarikh itu selepas mendapati laporan kimia masih belum dapat disediakan oleh Jabatan Kimia Malaysia.

Mengikut pertuduhan, Isma, 48, didakwa mengedar dadah jenis kanabis anggaran berat 409 gram di sebuah rumah di Jalan Semarak, Wangsa Maju, di sini pukul 5.35 petang pada 27 Ogos 2021.

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 39B (1) (A) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum dibawah Seksyen 39B (2) Akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button