Cerita ArtisHiburan

Isma Yusoof Tidak Marah Dikecam Netizen Setelah Keluar Kenyataan Dirinya Pondan Sejak Kecil

Baru-baru ini pelakon dan pengarah Isma Yusoof ada membuat kenyataan dengan mengaku dirinya seorang pondan dan tidak mempunyai nafsu terhadap wanita.

Biarpun mendapat kecaman yang teruk daripada netizen, namun Isma dilihat tidak cepat melatah dengan segala kecaman berkenaan.

“Kepada yang mengecam Isma gila-gila, macam seolah-olah kenal Isma sangat, Isma tak marah because Isma faham selagi kita tak kenal orang tu, kita sentiasa judge orang tu by the first impression.

“It’s ok… personally Isma dah tak overwhelm dah sebab Isma faham kenapa some people they’re very negative. Honestly I tak marah sebab I dah banyak pengalaman dengan orang-orang yang sebelum ni tak kenal dan benci I, tapi bila jumpa dan berborak dengan I, benci tu jadi cinta,” kongsinya menerusi satu perkongsian video di Instagram.

> Baca: “Ya… Saya Memang Pondan Dari Kecil” – Isma Yusoof Akui Tidak Ada Nafsu Terhadap Wanita

Ujarnya, dia juga mendoakan semoga semua orang dalam keadaan yang baik dan bagus serta berbahagia selalu.

Menurutnya, dia mahu orang ramai sentiasa positif dan tidak mempunyai perasaan marah tidak menentu serta sentiasa bersangka baik dengan semua perkara.

“So I tak marah, tak hate korang… I sayang korang. Isma memang choose untuk cinta dan sayang semua orang. Sama ada yang sayang Isma atau benci Isma pun Isma sayang. I love you guys.

“Isma pun rasa pernah cakap dalam satu video yang haters-haters ni semua not real. Dunia ni ilusi je guys, dia pentas senda gurau. Yang real tu akhirat. So, everyone is playing a rules, untuk mengajar Isma menjadi orang yang lebih baik dan bagus. I’m ok, I’m fine,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: Instagram Isma Yusoof

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button