Cerita ArtisHiburan
Issey Dikurniakan Cahaya Mata, Dapat Anak Lelaki Pada Tarikh Hari Kemerdekaan Negara
Penyampai radio Gegar FM telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki setelah isterinya, Noor Aimi Jamel selama bersalin pada petang tadi.
Apa yang lebih istimewanya, cahaya mata pertama buat Issey itu dilahirkan pada tarikh hari kemerdekaan Malaysia yang jatuh pada 31 Ogos.
“31 Ogos 2021. Jam 1.48 PM. Kamu telah merdeka dari perut ibu. Lahirlah zuriat issey yang pertama. Puteraku,
“Semoga menjadi anak yang soleh dan bebakti kepada keluarga, agama dan negara . Selamat Hari Kebangsaan sayang. Anak Merdeka,” ujarnya.
Issey mendirikan rumah tangga dengan Noor Aimi yang juga seorang ibu tunggal anak tiga pada Disember 2019. – KopiPlanet.com
Apakah reaksi anda?
+1
+1
+1
3
+1
+1
+1
+1